Tuesday, June 2, 2009

aDik durhaka

Aku duduk keseorangan di pasir putih.. menatap ke arah
laut yg terbentang luas… sambil ku perhatikan
riak-riak air ditepian pantai…teringat semula aku pada
zaman remajaku yang penuh dengan detik-detik hitam…
Aku berasal dari sebuah keluarga yang kuat dengan
pegangan agama dan kedua ibubapaku adalah orang-orang
yang berdisiplin. Aku .. pada asalnya seorang gadis
yang begitu taat dengan ibubapa dan tidak pernah
sekali melawan apatahlagi mengherdik mereka berubah
menjadi seorang yang biadab dan kurang ajar.. Ini
semua disebabkan salah pergaulaan sewaktu aku di sekolah
menengah. Sepatah ibu cakap sepuluh aku menjawabnya.
Semasa di menengah lima aku sentiasa pulang
lewat.. kadang kala hingga ke pukul dua belas tengah
malam. Telah berkali-kali dinasihati dan dimarahi
tetapi kepalaku ini sudah tidak dimakan ajar.. Seluruh
keluargaku menjadi bimbang dengan perubahan sikapku …terutama
sekali abang kesayanganku.

Pada suatu hari.. terjadi pertengkaran yang hebat
diantara aku dan abangku… "Ela, kenapa kau asyik balik
lambat aje.. kan tak baik anak gadis balik lewat-lewat
malam selalu, apa nanti orang-orang kata!!" tegur abangku
yang berdiri di muka pintu pada malam aku balik dari
Fire Disco.

"Aahh… kalau abang balik malam-malam tak apa.. kalau
Ela tak boleh???.. Mana adil.!!. Kalau abang boleh
balik malam Ela pun bolehlah..!!" jawabku marah …"Kau
tu perempuan Ela.. kalau jadi sesuatu .. keluarga yang
dapat malu nanti.."kata abang dengan nada yang agak
tinggi.."Sudahlah abang…. Abang dengan emak dan ayah
sama aje.. kuno.. Sekarang zaman moden bang..
perempuan dan lelaki dah setaraf.."jawabku selamba…

"Tapi kau mesti ingat aku tak boleh mengandung.. kau
boleh.." sambung abang ku.. "Sudahlah bang.. Ela penat
okay!!!. Ela nak tidur.." kata ku.."Ela!!! Dengar
sini.. Kalau lain kali kau balik lambat lagi.. aku bilang mak suruh
kunci kau jangan kasi kau kebebasan lagi.."

"Apa ni bang.. abang agak Ela ni binatang ye?? Boleh
dikunci….Jalan dah!!!.. siapa kisah kalau pintu kunci
Ela boleh keluar dari tingkap.."

"Kau semakin biadab sekarang nie ye Ela!!" kata abang
marah.

Dengan tiba-tiba tangan abangku yg kasa itu hinggap ke
mukaku.. aku ditamparnya.. Tangan yang dahulunya
selalu membelai dan bermain denganku hinggap ke pipiku
yang dahulunya selalu dikucupnya.. Aku tergamam
sebentar.. tanpa berkata apa-apa lagi aku pun
mengangkat begku yang belum panas duduk di kerusi dan
terus bergegas keluar dari rumah tanpa berkata apa-apa.. Ibu
tersentak dari tidur. Ibu cuba menahanku tetapi abang
melarang.

"Biarkan dia mak.. kalau sudah tidak dapat dididik
lagi biar dia keluar daripada memalukan keluarga…nanti
dia sedar, dia balik…"kata abang tegas.

Aku berlari dengan airmata berlinangan membasahi
pipiku.. hatiku terasa pilu.. abang kesayanganku telah
menamparku.. Aku yang tidak pernah dipukul apalagi
ditampar oleh ayah atau ibu telah ditampar oleh abang
.. abang kesayanganku.. Aku berlari tanpa tujuan..
akhirnya kakiku membawaku ke rumah Ina.. kawan baikku
.. Ku ceritakan segala-galanya kepadanya. Ina.. kawan
sepermainnanku sejak kecil yang sentiasa menjadi
tempat aku mengongsi rahsia.. Tetapi sejak berkawan
dengan Jo.. Ina ku tinggalkan.. Tetapi kini aku ke rumah Ina
lagi…Ku ceritakan segala yang telah terjadi diantara
aku dan abangku tadi…

"Sabarlah Ela, tapi yang dikatakan oleh abang kau tu
banyak kebenarannya.. Engkau yang bersalah dalam hal
ini Ela.." nasihat Ina kepadaku..

"Kau pun salahkan aku???" tanyaku pantas… olehkerana
kepenatan kata-kata Ina ku diamkan sahaja.

Malam itu aku bermalam di rumah Ina.. Esok pagi
setelah sarapan .. aku mula beredar untuk ke rumah
Jo.. setibanya di sana ku ceritakan kisahku kepada
teman lelaki ku itu..

"Sudahlah Ela .. apa yang you fikirkan sangat… mari
ikut I.. I tahu bagaimana you boleh lupakan all your
problems tu…" katanya sambil tersenyum manis..

Jo mengajakku ke satu tempat yang tidak pernah aku
pergi.. Aku dibawanya ke sebuah pondok yang terpencil
dan usang di Punggol.. Apabila aku masuk.. aku dapati
rumah itu penuh dengan asap dan remaja-remaja yang
berpasang-pasangan di kawasaan sudut rumah yang
mungkin roboh dua tiga bulan lagi itu … Mereka
kelihatan seperti berada di dalam keadaan mabuk.. dalam alam
khayalan... Jo membawaku ke satu sudut yang mana tidak
diduduki oleh penghuni-penghuni rumah itu… Aku
disuruhnya mencuba barang yang dikatakannya membawa
ketenangan itu.. Pada awalnya aku cuba menolak…tetapi
Jo terus memujukku..

"Come on Ela.. try it.. enjoylah.. I guarantee you
boleh lupakan semua masalah you tu.."

Dengan perasaan ragu-ragu aku memberanikan diri
mencuba benda yang memberi khayalan kepada ku itu…..
Jo menyuntikkan dadah yg dikatanya heroin itu ke
tangan kiri ku…Setelah beberapa minit kemudian, ku dengar
imbasan suara orang merumpuh masuk ke pondok yang
usang itu . Aku cuba amati wajah marah yang menatapku
di dedaun pintu..

"Mari balik Ela!!!!" teriak suara seakan-akan suara
abangku.. nadanya yang marah menyebabkan aku
kebingungan.. terasa seakan-akan aku berada dirumah ..
dan dihadapannya..

"Hey!!! Lu sapa nie nak suruh Ela balik hah’????"
halang Jo.. Pada saat itu.. kepala ku telah pun merasa
pusing.. aku terasa seperti aku berada di langit yang
ke tujuh..
Segala yang terjadi disekelilingku tidak ku sedari
lagi…mata ku terasa berat….tanganku mula longlai…aku
terasa tanganku ditarik… ku rasa bilik yang aku berada
pada ketika itu menjadi semakin panas…Pandangan mataku menjadi
hitam dengan tiba-tiba ..

Sebaiknya aku sedar.. aku berada di katil hospital…
Aku dimasukkan ke Hospital Besar Singapura.. dan aku
dikelilingi oleh Ina dan ibuku ..

"Abangggggg….. Mana abang???".. perkataan yang pertama
keluar dari mulut ku…. Ku lihat seraut wajah ibu yang
tiba-tiba bertukar seakan-akan ditutupi awan mendung…
ibu menangis… airmata bercucuran membasahi pipi ibu ..


"Ayah.. mana ayah mak???".. tanyaku risau…"Ayah kau
berada di dalam wad intensif .. dia diserang sakit
jantung dengan tiba-tiba.."jawab Ina perlahan..

"Mana abangku Ina???" soalanku itu ku tujukan lagi..
tetapi kali ini kepada Ina.. Ina terdiam.. soalan itu
ku ulangi buat kali ketiga.. "Mana abangku Ina!!???"

Air kaca menyaluti mata Ina…dengan nada rendah dia
berkata.. "Ela.. bawak bertenang.. abangmu telah pergi
menemui Ilahi".. Ina menangis…

"Astaghfirullaah"… kalimah allah ku keluarkan.. aku
menjadi lesu… " What happened Ina???"

"Ela.. kau ingat tak masa kau di pondok usang yang
terletak di punggol itu???…" "Pada waktu abang kau
ingin membawa kau pulang .. satu pergelutan telah
terjadi di antara abang kau dengan Jo .. tiba-tiba… api yang
dinyalakan di dalam pondok tu terjatuh dan telah
menyebabkan kebakaran pada pondok itu.. Sewaktu abang
engkau cuba menyelamatkan kau.. rumah itu telah terbakar
teruk.. akibatnya seluruh anggota belakang abangmu
terbakar teruk sewaktu mengangkatmu keluar dari rumah
itu ..
Akibat dari itu.. abang mu hangus di kebanyakkan
bahagian badannya dan tidak dapat diselamatkan oleh
doktor.. Mayatnya telah dikebumikan semalam.".."Ela ..
kau sebenarnya sudah tiga hari tak sedarkan diri.."
katanya perlahan..

Hatiku pilu.. badanku lesu.. akalku seperti tidak
dapat menerima kenyatan yang baru disampaikan oleh
temanku Ina tadi.. kali ini .. tidak dapat ku tahan
lagi airmata dari jatuh mengalir ke pipiku.. Abang ku meninggal kerana
menyelamatkan ku.. aku kesal.. kesal dengan sikapku
yang menyebabkan kematian abang kesayangan ku itu..
satu-satunya saudaraku…

Seminggu kemudiannya .. aku dimasukkan ke pusat
pemulihan dadah untuk menjalani rawatan selama tiga
bulan.

Bapaku pula.. alhamdulillaah.. pulih sepenuhnya
setelah empat minggu menjalani rawatan intensif di
Hospital Besar Singapura..

Tiap kali ku terkenang peristiwa pahit yang meragut
nyawa abangku itu.. hatiku terasa sebak .. dan airmata
pasti mengalir mestipun aku cuba menahannya… tiada
lain yang dapat ku lakukan kecuali mendoakan agar roh
Allahyarham abangku sentiasa dirahmati Allah SWT…
"Abang.... Maafkan Ela!!!"

1 comment:

abid abdi said...

wah. pengorbanan yang amat hebat. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...