Wednesday, June 17, 2009

bidadari

Bidadari - Part 1

HUJAN yang turun lebat lewat tengah hari tadi kini beransur reda. Di luar, kedengaran bunyi mesin kelapa mengaum-ngaum tanda emak dan kak ngah sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. Aku celik mata melihat jam dinding. Ahhh.. baru pukul 5.30petang.. masih awal lagi,badan terasa lesu semacam. Lantaran terlalu lama berada di Lab.Com tadi menyiapkan report untuk Persatuan Bola Sepak SMD.
Keon! Oooo.. Keon!!!! suara yang amat sinonim di telingaku kedengaran dari luar. Seraya itu juga, langsir pintu berwarna biru tersingkap luas dan secepat kilat ku rasa katilku bergegar.
"Keon! bangunlah,aku ada bawak berita baik punya" kata Arie.
Aku celik mata sedikit. Wajah bersih Arie terpampang di depan mata. Topinya yang senget benget menambahkan lagi ketensionan aku kerana tidurku terganggu.
"Woi Keon! Kau dengar tak ni? Bangunlah!" desak Arie lagi sambil menarik bantal yang menutupi mukaku.
"Aku penatlah Arie" ujarku sambil menarik semula bantal dari tangannya. "Tadi aku nampak Fatihah and the gang,"
;What!!! Secepat kilat aku bangun dari pembaringan.

Bantal tadi terpelanting ke ceruk dinding. Hilang segala rasa mengantuk dan lesu tadi sebaik saja nama itu terbit dari mulut Arie.
"Kat mana kau nampak dia Arie?" soalku tak sabar -sabar.
"Depan rumah Cikgu Tipah, dia sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya." macam karangan budak sekolah pulak si Arie menerangkan kepadaku.
Tak tunggu lama aku bingkas bangun. T - shirt hitam di hujung katil kusambar. Sikat di atas almari ku capai dan aku menyikat rambut lebih kurang. Arie cuma menggeleng kepala.

"Jom cepat! nanti tak sempat pulak," aku sengih sambil mengenyit mata. Kunci motor di atas peti ais kucapai segera.
"Ha!!!,nak ke mana pulak tu?" kak ngah yang memang tak pernah senang hati dengan aku menjeling tajam. Tangannya masih lincah mengacau kuah lemak sotong di dalam periuk untuk juadah berbuka puasa nanti.

"Dengki la tu," aku mengejek.
"Orang bukan dengki.. kan tadi ayah dah pesan suruh ambil ikan keli kat kebun, jangan nak merayau" kata kak ngah.
"Eleh, mak tak cakap apa - apa pun;..Susah-susah,kak ngah aje la yang pegi ambik," kataku.

"Aku nak pergi dengan apa? jalan kaki?"kata kak ngah menjeling geram.
"Ayah dah suruh tu pergi ajelah, nanti bising pulak dia" mak
yang dari tadi senyap tiba-tiba menyampuk.
"Herm,yer la; nanti Keon pergi mak," kataku mengalah. Dengan pantas aku melangkah keluar.

"Keon! suruh ayah ambil daun kesum dengan bunga kantan sekali,mak nak masak tempoyak ni...cepat sikit balik!" teriak emak dari dalam rumah..
"Okey,sebelum subuh Keon sampai!" usikku membuatkan Arie tertawa kecil.



****************************




KEHENINGAN petang 8 ramadhan di Kampung Pamah Kulat,Perak tercemar dengan deruman motor TZR merahku. Nun di hadapan sana kelihatan enam dara pingitan sedang terlenggang-lengguk pulang dari tuisyen, tak ubah seperti itik serati nenek aku dulu. Dengan kelajuan 100 kmj aku memecut ala-ala Grand Prix. Seraya itu juga air lopak yang bertakung di tengah jalan berombak hebat.

"Oiiiii!! Setan! Celaka!!"
Aku dan Arie cuma bersorak puas.. hahahah!
Sambil tertawa. Aku lihat keenam-enamnya sudah seperti sekawan kerbau yang baru balik dari berkubang. Ada yang basah satu badan, ada yang kena kat tudung dan dari jauh aku dapat melihat reaksi gadis yang selama ini mengganggu ketenangan jiwaku sejak satu ramadhan dahulu,Fatihah.

Gerai Burger Rapie ku hampiri. Kelihatan Rapie sedang sibuk menggoreng murtabak. Bulan-bulan puasa begini busines pun macam-macam. Rata - rata penduduk di sini mencari rezeki dengan berniaga pada musim-musim begini. Ikutkan, emak juga teringin membuka gerai di depan rumah, tapi ayah tak mengizinkan. Kata ayah,lebih baik kumpul pahala daripada kumpul harta.

"Ada orang kena hujan tengah jalan nampak" Rapie mengusik tatkala enam dara malang itu melewati gerainya. Aku cuma tersengih sambil menjeling ke arah Arie yang asyik melihat gelagat Anny.
"Ish.. ish..ish! kesian Anny.. habis basah satu badan!" usikan Arie itu membuatkan kami tertawa kelucuan.

"Hei setan berdua! korang ni tak ada kerja lain ke ha? Perangai dah la macam pelesit kampung ,ada pulak yang kena gulai ngan aku ni karang."kata Missliza
;Huiiyooooo!! marah benar nampaknya minah laser kita ni; kataku.

"Woi! Hantu pun reti bahasa pada bulan puasa ni. Dah la perangai ala-ala jin afrid,kalau muka tu handsome ke tak pe la jugak. Ini muka macam kambing kena panggang!" kata Pojiemah dengan geram.
Mak aih.. agaknya kalau boleh nampak api kemarahan Pojiemah dah sah gerai Burger Rapie dengan kami semua sekali rentung!
Kembang kempis hidungnya menahan marah!

"Wei... releks ma,korang nak marah sangat ni apa hal?" soalku.
"Lagi kau mau Tanya, engkau ingat engkau sorang je ke ada motor kat kampung ni hah!!! Pelesit!, marahnya aku!" Linda, si tinggi galah mengalahkan bini Popeye bersuara.

Separuh kain kurung kuning cairnya sudah bercampur lumpur likat.
"Wah.. berani kau kata aku pelesit yer"
"Memang kau tu pelesit! Pelesit tak bertuan,kau dengan kawan-kawan kau ni sekali..;bodoh!!" Miss, Si Ratu Laser sudah hilang sabar.
"Apa kau kata, bodoh?? pantang nenek moyang aku orang kata aku bodoh."kataku
"Memang kau tu bodoh, dah tahu ada lopak air kat situ yang kau pergi langgar sapa suruh?" si Maya, awek yang terkenal dengan identiti penyanyi nasyid sekolah pula bersuara.
Tak sangka.. selembut-lembut perempuan itu pun dah mula memuntahkan marah. Wah.. nampaknya semuanya dah marah.

"Yang korang jalan ketepi ke tengah macam itik mabuk tu sapa suruh?
takkan aku nak angkat lopak air tu ke tepi.. tak gitu?" soalku balik puas hati.

Bengang jugak bila di seranah begitu sekali. Jatuh maruah aku sebagai lelaki paling hensem,macho dan bergaya di kampung ini!! Perasan pulak aku.

"Sudahlah! Jom kita balik! Tak kuasa nak layan jantan dua ekor ni. Lagi lama kita kat sini rasa macam duduk dengan ahli neraka!" Pojiemah bersuara dan menonong ke depan. Miss menjeling tajam dan mengekori Pojiemah. Si minah becok ni!.kalau tak menjatuhkan air muka aku memang tak sah! Dari kecil sampai sekarang kami tak pernah aman damai kalau bersua muka.

"Eleh,ahli neraka konon..macamlah dia confirm masuk syurga? piiiiirah!!!!" kataku pula.
"Blah la woi! Bodoh..!"kata Miss
Aku Cuma tersengih apabila keenam-enam itik serati itu menghadiahi jelingan maut untukku.
Eleh, mereka pasti menyesal kerana telah mencetuskan permusuhan dengan jejaka idaman malaya ini. Aku tahu selama ini aku yang rajin cari pasal ngan diorang. Tapi semua itu bukan untuk Linda, Anny atau Maya, jauh sekali si specky dan si Ratu laser tu.



Tapi semuanya kerana si Fatihah! Ya!. Fatihah Nur Ieman Idzuddin! Kalau diikutkan aku sebenarnya tak ingin nak mengganggu orang, apatah lagi menghuru - harakan hidup budak-budak itu. Lebih baik aku buat kerja aku sendiri. Tetapi, siapa sangka gadis putih kuning langsat itu begitu berani menjatuhkan air muka aku,lelaki macho dan handsome
semalaya ini!

He he he he!!tak adalah,perasan pulak aku.. cuma dia patut sedar aku adalah pelajar yang berpengaruh dan disegani di sekolah. Selama ini belum pernah lagi aku dimalukan semedekian rupa, apatah lagi oleh seorang pelajar baru yang belum pun tahu selok belok sekolah, jauh sekali kalau ditanya di mana letaknya makmal 3 nun di hujung blok J itu pun tak tahu.

Tetapi siapa sangka si Fatihah yang telah mencetus sejarah paling hitam dalam kamus hidup aku. Semuanya berlaku tanpa kuduga.
Startingnya cukup romantik, kalau dalam novel pasti sudah melahirkan ikatan cinta antara hero dan heroinnya. Kalau dikenangkan memang tak tidur malam. Hari yang bersejarah itu siapa sangka aku telah menyelamatkan seorang pelajar perempuan daripada tergelincir dari tangga tingkat 4 yang curam. Terasa dadaku berdegup kencang tatkala tanganku memeluk erat pinggang Fatihah.


*****************************


>>>>>. Semua yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan bersorak kagum, membuatkan aku terasa macam hero Leftenan Adnan. Tapi saat indah itu cuma sementara bila tiba-tiba saja aku terasa pipi kiriku perit. Saat itu aku lihat Fatihah merenungku dengan muka yang merah padam.
"Kenapa awak ni kurang ajar sangat? macam ni ke student sekolah ni?" kata-kata yang lahir dari mulut kecil Fatihah yang mulus itu kurasa macam belati menghiris jantung.
Sorakan kagum tadi terhenti
Tiba-tiba membuatkan kesabaranku sebagai lelaki tercabar.

"Kalau saya tak bantu awak tadi, tentu awak dah terjatuh kat bawah sana," aku menerangkan niatku yang sebenar.

"Kalau jatuh pun saya, bukan awak! cakap sajalah awak tu nak ambil kesempatan!
Wah.. aku merenung wajah Fatihah agak lama.
"Ini dah kira satu tuduhan yang tak berasas! Dah la kita tolong tak ucap terima kasih! Awak belum kenal siapa saya kan?" soalku tenang. Wajah ayu Fatihah ku renung tepat.


"Kenapa? awak anak raja kayangan mana sampai saya patut kenal?"sindir Fatihah cukup membuatkan hatiku terbakar.
Tanpa memperdulikanku dia terus mengutip buku-bukunya yang bertaburan atas lantai.

"Kalau awak nak tahu, saya,Helmi Hakim, orang panggil saya,Keon, selamat berkenalan!" dengan pantas buku- buku di tangan Fatihah kurampas dan kulemparkan ke bawah.
"NO!" Fatihah merenungku tidak percaya.
"Be careful my dear.. see where the legs come from! ma.. jangan ingat awak cantik saya tak boleh ajar awak cara terbaik menghormati orang lain faham?"
Fatihah merenungku lama. "Jangan ingat baru dua tiga hari di sekolah ini boleh berbuat sesuka hati. Mulut mau jaga apa. "Dah puas hati awak Keon?
"Alamak,aku menoleh ke belakang. Cikgu Mat Jidin sedang berpeluk tubuh sambil merenung wajahku yang memang cute dan hensem bergaya ini.

Owww!!!! dan hari itu, pertama kali dalam sejarah, aku menyambut satu ramadhan dengan birat di punggung kerana membuli si Fatihah.
Semuanya kerana gadis itu!
"Keon, woi! Berangan ke apa.." Rapie menepuk bahuku, menyedarkan aku dari lamunan. Aku cuma tersengih dan meninjau kelibat anak dara macam itik-itik pulang petang itu yang semakin menjauh.

Mataku asyik memerhatikan cara Rapie membuat murtabak. Ramai orang memuji kesedapan murtabak Rapie. Malah aku pun mengakui murtabaknya memang sedap, sekali makan rasa nak lagi! Tapi, bagi aku juadah paling membuka selera tak lain tak bukanialah lepat pisang. Kalau tidak tentu terasa kurang berselera bila berbuka nanti.

"Pie! kasi Murtabak satu.
Alamak.. rasa macam pernah dengar saja suara ni? Rapie, Arie dan Aizam sudah tersengih-sengih. Dah sah!
"Hai Keon!" Erina menyengih panjang memaksa aku mengukir senyuman terpaksa untuknya.
"Beli murtabak ke?" sapaku, sekadar berbahasa.
"Emm.. hari tu Erina dengar murtabak Rafie ni sedap, ni nak cuba la ni." balas Erina manja.

"Dari tadi lagi Keon sebut-sebut pasal Eriena, ingatkan Erina tak sudi datang ke kampung kami ni"kata Arie
Saat itu mahu saja aku sembelih leher si Arie, sengaja nak buatdajal memperasankan si Erina tu.

"Iye ke?" Erina merenung wajahku meminta kepastian. Terasa macam dipanah laser aje mukaku ini bila direnung begitu.
"Tak adalah,dia orang ni memang tak sayang mulut?" balasku tersengih. Malu jugak beb..control macho

"Keon, nanti Erina nak jumpa Keon la. nak discuss pasal latihan Fizik tu.boleh tak?. Erina blank la.." terasa suara Erina mendayu-dayu menusuk ke telinga.

"Keon pun bukan tau sangat?" aku sengaja memberi alasan. Bukan apa.,aku kurang berkenan sikit dengan si Erina ni. Selalu sangat nak jumpa aku, macamlah aku sorang saja yang boleh tolong selesaikan problem Fizik dia.
"Tapi tadi Marlina beritahu Keon yang tunjukkan jawapan," Aku terperangkap dengan alasan Erina. Memang di sekolah tadi aku dah ajarkan budak 'sihat dan kuat' tu.
"So, tanyalah Marlina!" jawabku.
"Erina nak Keon ajar dari awal sampai akhir, nanti Erina senang faham."pintanya.

Aku kematian idea. Apa aku nak buat? "emmm,okey la.bila?" soalku akhirnya.
"Esok, kat Taman Bourgenivilla depan tadika KEMAS pukul3.00," kata Erina

"Agak-agak lama tak?"kataku
"Kenapa,tak boleh lama-lama ke?" tanya Erina
"Bukan!,Keon nak main sepak takraw dengan bebudak ni.."
Aku mengenyit mata ke arah Arie dan Aizam. Mereka cuma tersengih.



*******************************


"Okey la,berapa Pie?" Erina mengambil bungkusan murtabaknya. "RM1.20," tanpa banyak soal Erina menghulurkan not RM2.00.
"Keep the change," Erina tersenyum dan belalu ke mercedes biru gelap di tepi jalan.

"Keon! Arie pun nak study Fizik gak esok,boleh kita jumpa?" Arie mengejekku sambil melentok-lentok ke bahuku.
"Hisshh.. cam gay la kau ni!" aku melompat bangun membuatkan Arie, Rapie dan Aizam ketawa kelucuan.

"Kau ni jual mahal la Keon?" komen Aizam sambil membalikkan murtabak yang digorengnya. Beberapa orang budak kecil sedang menanti giliran di situ.
"Jual mahal apa lak?" soalku hairan.
"Apasal kau tak ambil saja Erina tu jadi awek, kan dia dah lama syok kat kau?" soal Rapie.
" Dahlah anak orang kaya, anak tunggal!cantik lak tu, untung kau kalau dapat Erina tu!kaya raya hidup kau" sampuk Arie.
Aku cuma tersengih. Tidak tahu apa jawapan yang harus kuberikan.


Memang aku menyedari tentang perasaan Erina terhadapku selama ini. Malah aku sering menerima kad berbau harum dan kuntuman bunga menjelang Hari Valentine sejak aku Form 3 lagi! Hadiah pelbagai jenama dan harga setiap kali hari jadiku menjelang dan kunjungan mengejut ke rumah tatkala aku kurang sihat hinggakan mak dan ayah menjeling hairan melihat sifat concern Erina yang berlebih- lebih terhadapku!

Semua itu cukup untuk aku menyelami hati dan perasaan Erina. Tapi, aku menganggapnya tak lebih daripada seorang kawan dan perasaan Erina itu kubiarkan begitu sahaja. Ataupun mungkin kerana aku sudah jatuh hati pada seseorang?? Aku senyum sendiri. Jatuh hati, biar betul?
selama ini nak minat kat orang pun bukan main payah inikan pula jatuh hati. Setakat mengacau tu biasalah!
Tapi,kalau betul aku jatuh hati, dengan siapa? Dengan siLaser? Hish! Selisih malaikat 44!


Gilo ker apa dapat girlfriend laser nak mampus macam tu! Bagaimana pula dengan si amoi tu? Tu lagi tak boleh
Pojiemah? Herm.. ustazah specky tu..tak rela aku..
Bagaimana kalau dengan Fatihah? Aku senyum lagi,bertambah-tambah sweet mukaku yang memang dah sweet ni..
"Dah.. senyum sorang-sorang pulak mamat ni?" Rapie tak habis-habis mengusik aku.

Aku cuma tersenyum. Gitar di atas meja kucapai. Dengan bersahaja aku memainkan lagu kesukaanku 'Moment of Glory'


"Eh.. macam ayah aku je tu,dari mana lak berlumpur-lumpur tu?" tegur Arie melihat ayahnya menghampiri gerai Burger Rapie.
"Arie, kau pegi rumah Pak Ngah Debab tu kejap, ambik buah kundang. "Mana dapat ikan keli ni ayah?" soal Arie sambil menuju ke motornya. "Kat kebun ayah Keon tadi."cerita orang tua itu sambil tersengih.
Ikan keli??? Aku mengerut kening. Macam ada sesuatu yang berkaitan aje? Alamak!!
"Pak lang, ayah saya dah balik rumah?" soalku gabra giler. Matilah kena leter dengan ayah kejap lagi..I'm death!
"Dah lama dah tadi" jawab pak lang.

"Err, Pie.. aku blah dululah!"
Tak tunggu lama aku meletakkan gitar di atas meja. Motor kupecut laju menghala ke rumah. Di muka pintu kelihatan Kak Ngah sedang menanti dengan muka dengkinya.

"Mana ikannya?" soalnya, walaupun dia sudah tahu jawapannya. Aku cuma tersengih dan menuju ke dapur. Kelihatan emak sedang menceduk gulai tempoyak dari belanga periuk tanah. "Ingatkan dah tak nak balik dah.." perli emak sambil menutup periuk.
"Sorry la mak.,Keon lupa la. ayah yang bawak balik ikan ni yer?" soalku sambil membawa mangkuk gulai itu ke meja hidangan.


"Taklah, ikan tu berjalan sendiri tadi, berlari-lari masukke rumah ni," sindir emak. Aku cuma tersengih, bisa juga telingaku disindir emak. Di atas meja pelbagai jenis lauk pauk tersedia. Tapi, ada satu yang kurang bagiku!
"Mana lepat pisangnyer mak? Tak buat ke?" soalku.
"Tadi kalau kau balik cepat, boleh mak suruh kau ambil pisang kat rumah pak teh sana. Pisang dah habis," jawab mak sambil meletakkan kuih keria di depanku. Aku menarik muncung.
"Ayah mana mak?" tanyaku
"Cari kuih puteri mandi kat pekan.Segala kuih korang anak beranak tak sempat mak buat" Aku cuma tersengih.


Ayah kalau tanpa kuih puteri mandi di bulan puasa begini tak sah. Mana tak tumpahnya kepada anak lelaki tunggalnya ini
"Pergilah cari kat gerai mana-mana,sempat lagi ni," mak menghulurkan not RM2.00 kepadaku.
Tak tunggu lama aku segera melarikan TZR ke rumah bercat kuning di hujung padang bola. Gerai Mak Uda Siti yang sudah beransur lengang itu ku hampiri.
"Dah dekat nak berbuka ni Keon,nak apa?" sapa orang tua itu ramah. "Lepat pisang ada tak Mak Uda?" soalku sambil memaniskan muka kepada nenek Fatihah. Begitu innocent sekali, kalau Fatihah tengokla,kesantunan aku dengan orang-orang tua mesti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya, aku sememangnya pemuda hensem berbudi pekerti lagi..he.. he.. he!!

"La,Mak uda tak jual lepat pisang hari ni..tapi tadi Fatihah ada buat sikit,biar mak uda tengok sekejap yer." Orang tua itu cepat-cepat menuju ke rumahnya yang cuma 3 meter saja dari gerai. Aku menanti sambil melihat-lihat bekas kuih yang sudah kosong.
Kuih-muih Mak Uda Siti jarang tak habis, boleh dikatakan dia ni memang expert dalam bidang kuih-muih ni!

"Ehem!!" Aku angkat muka. Kelihatan Fatihah sudah tercegat di hadapanku dengan seplastik bungkusan lepat pisang. Tiba-tiba aku terasa jantungku berdegup macam keretapi. Tiba-tiba aku terasa mulutku kelu untuk berkata-kata. Fatihah tunjuk muka kelat apabila direnung begitu. Entahlah, sebelum ini bukan tak pernah membeli kuih di gerai neneknya. Malah saban hari kalau mak tak sempat buat kuih puteri mandi untuk ayah kedai inilah yang aku kunjungi .
Ahhh.. jejaka hansem macam aku tak boleh tunjuk kelemahan depan gadis!

"Berapa?" soalku sambil menyeluk poket seluar. Fatihah keras tak bersuara.
"Nak jual ke tidak ni? Karang orang curik kang?" usikku membuatkannya menjeling marah. Eleh.. mesti kau menyesal kerana menyombong dengan jejaka rebutan ini. Aku tenung matanya yang bersinar-sinar macam bintang kejora.
"Dah kelu ke mulut? Ada emas ke!. atau tergamam tengok saya yang cute, macho lagi bergaya dan hansome ni?" usikku sambil meletakkan tangan ke dagu, ala-ala posse maut model gitu.
Fatihah mencebik dan pantas masukke dalam tanpa rasa menyesal meninggalkan jejaka idaman malaya ini keseorangan di sini.

"Tak payah bayarlah Keon.." mak Uda Siti muncul semula setelah Fatihah menyelinap masuk ke dalam.
"Tak apalah, saya niat nak beli," ujarku sambil menghulurkannot RM2.00 kepadanya.

"Fatihah kata sedekah aje!Ala, ni buat untuk makan bukannya nak jual, ambiklah!"Aku mengerling ke arah tingkap dapur. Kelihatan Fatihah sedang mengintai di balik langsir.
"Terima kasih mak Uda, kirim salam pada Fatihah,"



Dengan segera enjin motor ku hidupkan .Dan sepanjang perjalanan pulang sinar mata Fatihah mengiringiku hingga ke halaman rumah.


*************************




SOLAT terawih dan witir 11 rakaat selesai dan para jemaah mulai beransur pulang. Aku menghampiri Rapie, Arie, Aizam dan Erman yang sedang melepak di bawah pokok jati. Nun di serambi masjid kelihatan ayah sedang berbual-bual dengan Tuk Imam, datuk Fatihah diperhatikan oleh Abang Latip, jiran depan rumah. Tentu sebentar lagi ayah akan pulang kerumah.

"Eh Keon, kau sure ke yang Miss pegi terawih malam ni?" soal Rapie kerisauan. "Mesti pegi,last week aku rasa dia tak datang seminggu, malam ni mesti ada," penuh yakin aku berkata.

Bukan apa, saja nak jaga hati kawan. Yang sebenarnya peduli apa aku dengan si ratu laser tu. Tapi memikirkan Rapie yang sudah bertahun-tahun menaruh hati pada Miss aku tak kisah untuk menyibukkan diri menyelidik tepi kain Miss. Kadang-kadang aku pelik juga dengan taste si Rapie ni. Bukan tak ada gadis lain yang lebih sopan mulutnya daripada budak laser tu tapi si laser tu jugalah yang digila-gilakannya. Bukannya dia tak tahu perangai Miss tu,lebih-lebih lagi memang musuh tradisi aku sejak kecil. Tapi bagi Rapie,cintanya terhadap Miss setia betul walaupun Miss tak pernah melayan.

Just imagine, sejak dari form two lagi Rapie menjadi peminat Miss sampailah sekarang ni, cintanya semakin kukuh untuk Miss. Aku???
Selama 17 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini, belum pernah lagi aku tersangkut hati pada mana-mana gadis. Bukan apa, bagiku cinta ini terlalu abstrak untuk ditafsirkan dan aku tak mahu menjadi objek dalam sandiwara cinta.

Cewahh!! berfalsafah lagi aku.. Tapi, entah kenapa sejak Fatihah hadir di kampung Pamah Kulat ini, terasa ada sesuatu yang mula mengganggu gugat hidup aku.Dalam hati geram memang ada, tapi bila tak menatap wajah Fatihah sehari, aku terasa macam kekurangan sesuatu. Tak lengkap rasanya hidup tanpa Fatihah. Kuat sangat ke penangan si Fatihah tu?

"Aku rasa dia dah blah la dengan member-member dia," Arie mula bersuara. "Aku pun rasa macam tu," balasku apabila melihat masjid sudah mulai lengang.
"Kau ni dah tahu minat kat minah tu kasilah surat, tak pun dah nak raya ni, kasilah kad raya luahkan perasaan kau!" cadangku sambil menepuk bahunya.
" Aku ingat aku pun nak kasi kat Anny la. "Arie tersengih sambil membetulkan cermin mata berbingkai hitamnya.
"Aku ingat aku pun nak kasi kat bini popeye tu" Aizam pula mencelah.
"Erman, kau nak kasi kat siapa pulak?" soalku kepada Erman yang tak banyak cakap.

"Aku ingat nak kasi kat Mayalah!" ucapnya malu-malu.
"Oooo.. selama ni kau minat kat Maya"
Erman tersipu-sipu sambil tunduk tak berani angkat muka. Mamat ni memang pemalu orangnya. "Jom, blah! lepak kat gerai Arip lagi baik, makan bihun sup dia best gak..

**************************
Arie sudah menyorong basikalnya. Malam-malam begini kami lebih selesa berbasikal ke masjid. Nak jaga alam sekitar konon! Lagipun malam-malam begini orang nak berehat. Kenalah consider sikit. Bukankah aku ni anak ketua kampung yang berwibawa. Kena jaga imej demi nama baik ayah!

He.. he.. he.. tapi tidak dengan Fatihah dan rakan-rakannya!
Rapie mengayuh basikal perlahan-lahan. Angin malam berpuput sepoi-sepoi bahasa, mendamaikan hati sesiapa. Cahaya bulanberserak penuh mewarnai kegelapan malam. Di kiri dan kanan kami kelihatan beberapa orang mak cik sedang berjalan kaki pulang dari masjid. Tanpa rasa terpaksa kami menegur ramah makcik-makcik tersebut, memenuhi tuntutan budaya menghormati orang tua. Tiba-tiba aku terasa mataku terpandang sesuatu. Gadis-gadis yang sedang melalui jambatan tak jauh di hadapan ku perhatilama. Eh, macam kenal!
"Pie, kau tengok budak-budak atas jambatan tu, bukan itu Miss ke?"

"Mana??" Rapie yang seakan baru tersedar dari lamunan meninggikan leher. "Tu kat sana tu!" Kayuhan ala-ala kura-kura tadi kini bertukar menjadi pecutan burung unta. Mungkin terlalu excited sangat nak menatap wajah cik laser kot. eh.. tak kuasa aku!


"Hai Miss!!" Basikal kami sudah pun menyekat perjalanan gadis-gadis itu.
;Hish.. benci betul aku! Ke mana aku pergi ada je setan-setan datang mengacau!" Miss menarik muka masam macam cuka.
Aku cuma tersengih sambil mengintai mencari wajah Fatihah.
"Miss, kau marah aku ke?" soal Rapie bodoh. Apa la punya bodoh.. dah tau si Miss tu melaser lagi mau tanya?
"Tak baik marah selalu Miss, nanti kena jual!" Arie tak habis-habis dengan dialog P. Ramleenya.

"Eh sibuk la kau! Lain nak marahnya aku dengan si Rabun ni.." jawab Anny geram. "Korang ni kan!! cuba cakap elok-elok sikit,kami ni nak mengeratkan silaturrahim" ujar Aizam tenang.

"Silaturrahim kepala hotak kau? sapa nak bersahabat dengan jin afrid macam korang!!"
Wahh!!!! Cabul sungguh mulut si Pojiemah
"Entah.. jin tali rapia ada.. jin rabun ada.. jin lurus bendul ada?jin tinggi macam pokok petai ada? " mereka tergelak kecil apabila Maya berkata begitu.
Wah;wah! aku, Arie, Aiezam, Herman dan Rapie saling berpandangan.
"Hah kau bapak segala jin,apasal diam??" sergah Miss garang.
"Miss" aku bersuara perlahan..Buat pulak aku muka si katak Faizal dalam majalah Ujang.

"Hah.. apa dia?" soalnya lagi. "Mulut kau busuk!!" seraya itu kami ketawa berdekah-dekah.
"Celaka!!" teriak Miss marah. Aku lihat Fatihah, Linda, Amoi jual terung, Pojiemah dan Maya kembang kempis mengontrol hidung menahan ketawa. Ye la kan.. kalau diorang ketawa sama, kecik pulak hati pulak si laser tu..

"Korang semua ni memang celaka! Bodoh!"
Miss dan sahabat-sahabatnya mula angkat kaki.
Oooooo.. kau kata aku, dan kawan-kawan aku bodoh.Nanti korang!!Segera aku mengeluarkan ular getah plastik dari poket baju melayu dan dengan pantas aku membaling ke arah mereka.

"Ular!!!"
Ular getah itu jatuh tepat-tepat atas kepala Linda si bini popeye yang paling tinggi. Linda terjerit kuat dan terlompat-lompat melarikan diri. Aku ketawa
kelucuan bila melihat Miss dan rakan-rakannya lari tak tentu arah.

Tetapi tiba- tiba!!!! BEDDEBURRR!!



******************************


Alamak.. tawaku mati di situ. Aku segera menghampiri Miss, Pojiemah, Anny, Maya dan Linda yang sedang berkumpul di tepi jambatan. Kelihatan dalam samar cahaya bulan Fatihah terkapai-kapai di permukaan sungai mencari arah. "Fatihah!


****************************


Cepat la woi.. cepat tolong dia!!" pinta Miss panik. "Hei Beruang! Cepatla terjun selamatkan Fatihah!" Desak Miss lagi sambil menarik baju melayu hijauku. Tolong? Hermmm.. nanti kata aku ni nak ambil kesempatan pulak nanti lagi. Aku buat muka selamba.

"Keon.. aku rayu pada kau,tolonglah selamatkan Fatihah.. dia tak pandai berenang!" Miss seakan merayu. Aku merenung Fatihah yang sudah kelemasan di dalam sungai. Tanpa berfikir panjang aku terjun pantas ke dalam sungai.

Keadaan di jambatan semakin gawat apabila makcik-makcik tadi dating melihat apa yang berlaku. Aku segera menarik tangan Fatihah yang sudah kepucatan. Dan untuk pertama kalinya aku melihat wajah Fatihah yang sebenar, wajah tanpa tudung yang sudah terlucut.

Ya tuhan.. jelitanya Fatihah! Tanpa membuang masa aku mengapungkan tubuhFatihah agar mudah mengheretnya ke tepi. Pautan tangannya di
bahu terasa begitu erat sekali. "Fatihah!!"

Belum sempat aku mengangkat tubuh Fatihah Miss dan kawan-kawannya sudah meluru kearahkami. Tubuh Fatihah yang lembik itu dipapah naik ke atas.

Tinggallah aku keseorangan dalam sungai, masih terpana dengan kejelitaan Fatihah. Beberapa orang mak cik mengarahkan agar Fatihah dibawa pulang setelah dia tersedar. Dan akucuma dapat memandang mereka meninggalkan sungai itu tanpa memikirkan aku yang masih belum naik ke tebing.

"Woi Keon! Kau nak bertapa ker apa?" Arie sudah pun menghulurkan tangan untuk membantu. Huluran itu kusambut pantas dan aku melompat naik ke tebing. Tanpa lengah aku duduk di belakang basikalRapie dan kami bergerak pulang. "Nasib baik tak mati cucu pak imam," ujar Rapie agak gerun;Maunya meninggal si Fatihah tu, separuh abad la kita dalam penjara

"Kan ke ada hero!" Arie menguntum senyum. Aku cuma tersengih sambil menahan kesejukan. "Aku rasa Keon pun patut tulis kad raya" Rapie tiba-tiba bersuara.
"Merepeklah kau!" aku menggeleng kepala tapi betul jugak kan. Dalam hati berdebarnya tuhan saja yang tahu!!!
Fatihah.. oh Fatihah

Bidadari - Part 2 (Ending)

RUMAH Pak imam yang bercat kuning itu kelihatan cukup meriah.Kereta berderet- deret dihalaman rumah. Maklumlah, Pak Imam ni ader ramai anak.
Kata emak, Mak Uda Siti ni isteri kedua selepas isteri pertama Pak Imam meninggal ketika bersalin anak keempat. Sewaktu berkahwin dengan Mak Uda Siti anak-anak isteri pertama semua sudah bersekolah menengah, sebab itulah aku tidak tahu yang pak imam ada cucu bernama Fatihah! "Keon! La? Kenapa terpacak kat situ?
Mari masuk!" Pelawa Mak Uda Siti di muka pintudapur. Nampaknya dia tidak berniaga hari ini..almaklum la.. ler..esok kan nak raya..
"Tak apalah Mak Uda..ini bubur kacang mak kasi," Tupperware biru itu kuhulurkan kepadanya.
"Terima kasih banyak la!!.eh, alang-alang nak berbuka mari berbuka kat sini Keon," pelawa mak Uda Siti ikhlas.
"Terima kasih banyaklah mak uda.." aku menolak sopan. Takmahu aku berdepan
dengan Fatihah! Enjin motor segera kuhidupkan. "Keon!" suara pak imam jelas kedengaran. Aku tak jadi menekan gear.

Pak imam menghampiriku sambil tersenyum.
"Dah tak sudi ke nak berbuka dengan tok guru?" soalnya sambil menepuk bahuku."Bukan macam tu pak imam..err..err.." aku tergagap-gagap mencari alasan.

"Dah, nak masuk waktu dah ni..mari kita masuk," mak Uda Siti menggesa.
Aku benar- benar terjerat. Saat itu azan maghrib telah pun bergema dan tanpa sedar
lenganku sudah diheret masuk!!!!!!..

*******************

AKU rasa kedatanganku ke rumah pak imam satu kesilapan besar yang pernah aku buat. Dugaan yang maha hebat! Sewaktu berbuka tadi aku dipinta membaca doa berbuka. Memang selama ini aku tukang baca doa kat rumah, tapi tak pernah di rumah orang lain. Selepas itu bila aku nak balik dihalang,disuruh solat berjemaah sama. Kira okey la tu. Tapi, macam nak terkentut bila pak imam menyuruh aku jadi imam. Tuhan aje yang tahu betapa gabranya aku pada saat itu.

Tambahan pula aku mengimami seluruh ahli keluarga itu! Anak-anak pak
imam dengan isteri pertama tu bukan aku kenal sangat! Tapi syukurlah! segala ajaran pak imam semasa kecil dulu kupraktikkan sebaik mungkin. Mungkin inilah buah tanganku untuk guru agamaku yang baik itu, yang banyak memberi didikan ilmu akhirat yang tak kulupa hingga kini. Tapi aku rasa tak selesa bila bapa Fatihah asyik bertanyakan latar belakang
aku. Apa, macamlah aku ni boyfriend anak dia! Aku ni siapa, tak setanding denganFatihah. Dan hari ini aku dapat merasakan jurang antara aku dan Fatihah makin jelas.baru aku tahu rupanya bapanya ADUN di Perak ! Lagi aku rasa macam langit dengan
bumi, macam benua artatika dan antartika jauhnya. Macam mercuri dengan zink bezanya?Tapi?Fatihah bijak kerana memilih Hafiz..semoga kau bahagia Fatihah!

"Wah?berbuka dengan bakal mertua nampak?." Aku cuma tersengih bila emak
mengusik begitu. Buang tabiat ker apa..aku segera masuk kedalam
dan bersiap-siap dengan baju melayu hijauku. Hari ini hari terakhir puasa dan aku tak mahu kerana
Fatihah aku akan terlepas bertakbir malam ini. Biarlah..aku sedar siapa diri
aku..siapalah aku?.cewah!nyanyi lagu AmyMastura pulak!
Aku senyum
walaupun bibir masih sakit!


********************

BUNYI mercun dan meriam buluh buatan sendiri kedengaran disana sini. Dia orang ni nak kena agaknya! Tangkap dek polis barutahu..Tapi aku pun join jugak, he he he!!Tadi Arie beriya-iya ajak main lepas sembahyang di masjid.
> Kalau kena sergah dek polis ni..Ah..aku nak main puas-puas!!! Aku nak
lepaskan tension malam ini!! Sebaik saja selesai bertakbir aku,
Arie,Rapie, Asyid, Herman dan Aizam segera meninggalkan masjid, sasaran kami ke
Arah sungai tempat kubu meriam buluh kami. Ha..ha..ha
Arie segera membakar sabut untuk menghalau nyamuk
Sementara aku pula menyalin minyak tanah yangkubeli tadi ke dalam botol.
Beberapa paket karbait turut kubeli. Tak sabar rasanya nak memulakan adegan pertempuran dengan geng kampung sebelah.

"Keon!" aku terdengar suara memanggil namaku,rasa macam suara laser. Aku menoleh. Memang betul! Apa pulak budak laser ni buat kat sini?

> >"Apasal kau datang sini ni?" soalku.
"Eh,aku punya sukalah!" minah laser mejawab. Eleh..sombong..aku
mercunkan kau nanti baru tahu.
>"Habis tu nak cari pasal datang ke sini? Nak kena tangkap basah?Kau tu dah perempuan.,tak baik duduk berdua duaan ngan lelaki sehensem dan semacho aku nih"
"Hei beruang! Tolong sikit!" Teriak Miss geram membuatkan aku tertawa. Arie, Aizam, Rapie dan Herman sibuk membetulkan kedudukan meriam buluh kami di tepi tebing, yang bakal menggempaqkan kampung malam ini. Yer la kan esok nak raya.
>"Eh, kau ni, pegi la balik..sibuk je datang sini..kau tau tak setan dah dilepaskan malam ni? Kau tu perempuan..aku ni lelaki?" aku menyakat Miss laser.
"Beranilah kau..aku cakap kat ayah aku..baru kau tahu" jawabnya. Aku menggeleng kepala.
Ni pehal memalam buta datang sini ni?? Miss hanya senyap, aku terkulat kulat menunggu jawapan.Untuk mengelakkan diri aku malu.;"Tolong pegang torch light ni," pintaku. Miss tanpa banyak soal menyambut huluranku. Hermm..baik pulak hari ni budak sekor ni..kalau tak jangan haraplah..

"Kalau aku cakap sikit boleh?" soalnya.
"Hemm..kau tu..bukan reti cakap sikit..cakap banyak aderla..nape? kau nak cakap kau jatuh cinta kat aku ke?" usikku lagi.
"Hei bodoh! Tak ingin aku der.."
"Apa? Aku pantang betul orang panggil aku bodoh.Kau tak nak ker lelaki sehensem dan bergaya jejaka idaman Malaya seperti aku ni?."
"Ahh,nak termuntah aku mendengarnyer ! Tak ada kerja aku nak jatuh cinta dengan kau!"
balasnya.
Eh budak ni! Dalam samar cahaya lampu aku sempat menjeling ke wajah Miss yang bulat sihat itu. Parut di atas kening kirinya kelihatan agak jelas. Aku masih ingat lagi bagaimana parut itu boleh terukir indah di atas kening Miss. Waktu tu kami sama- sama belajar mengaji
disurau dengan pak Imam(atuk Fatihah. Kebiasaannya budak perempuan mengaji dulu baru budak lelaki. Sebaik saja habis mengaji, apa lagi..berdoyon-doyon budak-budak perempuan menuju ke arah pokok jambu air yang sentiasa berbuah lebat. Aku memang tak pernah senang hati bila tengok Miss, entahlah..kami memang tak pernah baik sejak
dari kecil lagi. Bila melihat Miss sudah berada tinggi di atas pokok waktu itulah
aku melontar bangkai ular hijau yang ku bunuh ke atas pokok. Apa lagi, menjerit-jeritlah bagai orang gila siMiss dan yang paling sadis, dia jatuh tergolek
macam nangka busuk di atas tanah kerana kainnya tersangkut pada ranting pokok. Aku dan kawan-kawan tertawa geli hati melihat Miss meraung kuat dengan dua batang
gigi yang terbang serta luka di dahi. Tapi,saat manis itu cuma seketika bila petang
itu pula aku bermain kejar- kejaran dengan emak keliling rumah bila si Pojiemah
mengadu pada mak tentang peristiwa itu keesokan harinya. Tapi itu bukan salah aku
si Miss jatuh. Sapa suruh dia terkejut masa aku baling ular dulu? Aku masih tak mengakui kesalahanku.. kenkadang terasa kesian pulak aku tengok si Miss ni
"Eh, yang kau tersengih-sengih ni apasal ha?" soal Miss bila perasan aku sedang khusyuk merenung dahinya .
Aku menukar cerita, "Kau ni Miss.kau tau tak..malam-malam buta macam ni tak
elok tau, kau bersama-sama lelaki macho macam aku ni..karang kalau jadi apa-apa
kang jangan salahkan aku! setan dah sebulan kena rantai tau!" aku mengusiknya
lagi.
"Kau..kang aku ketuk kepala kau dengan lampu ni berani la kau!!!” ugutnya.
"Itulah, orang suruh balik..tak nak balik...sebelum aku ngap kau yang sihat dan kuat semangat tu, baik kau balik!"usikku lagi.
"Apa kau ni? Bodoh!" Kelepukkk!!!!!!
Adoiii!!! Aku meraba kepalaku yang terasa sakit.
"Padan muka! Nak lagi?" soalnya selamba. Kurang asam betul si laser ni..Sungutku sambil menggosok tempat yang kena ketuk tadi.
"Sebenarnya aku datang ni nak sampaikan pesanan..Fatihah nak jumpa kau," bisik Miss
perlahan, bimbang didengari oleh kawan kawan aku yang sibuk mencucuh meriam.
"Buat apa dia nak jumpa aku? Aku tak ada kena mengena dengan dia!" jawabku dengan geram.
Kan dia dah tolak aku tempoh hari, teringat balik peristiwa aku meluahkan perasaan aku kat dia tempoh hari dan ingin bertanya apakah perasaannya terhadapku, masih teringat lagi aku ditampar untuk kali kedua oleh Fatihah.Selepas Fatihah berlalu,tiba-tiba sahaja Hafiz datang memukulku. Apa salahku?? Aku cuma kirimkan kad raya meluahkan perasaanku.
Tak kuasa aku nak tatap wajah Fatihah lagi. Ku rasakan kesabaran aku ader tahapnya.
Apahal lagi dia nak jumpa aku!

Adil lah bagi dia kerana cuma aku yang kena rotan dengan cikgu displin hari tu.sampai mak ayahku dipanggil ke sekolah pasal hal ini. Betapa sedihnya mak dan abah bila mendengar berita ini. Pulang nya aku ke rumah habis aku dilempang oleh ayah tanpa mengetahui apa sebabnya. Puas aku menerangkan pada Cikgu Mat Jidin, tapi dia lebih percaya dengan Si Hafiz si pembodek itu, mentang mentangla ayah dia Pengerusi PIBG di sekolahku. Siapalah aku???

Aku tak cari gaduh dengan Hafiz dahulu, tiba tiba, diserang aku dari belakang selepas aku ditampar oleh Fatihah. Maruah kelakian aku jatuh di depan perempuan. Aku tak bermaksud nak serang balik si Hafiz tapi cuma ingin mempertahankan diri aku.
Akhirnya,tiba - tiba Cikgu Mat Jidin, guru displin yang terkenal kerana kebengisannya itu datang. Si Hafiz tu tak kena langsung sebab Fatihah beri keterangan kononnya aku yang serang si Hafiz dulu.. Kes aku dirotan dengan Cikgu Mat Jidin heboh macam ditiup angin di sekolah, jatuh keegoaanku, satu sekolah tahu cintaku ditolak oleh seorang perempuan bernama Fatihah. Aku jelous sejak dari hari itu aku melihat Hafiz bukan main rapat ngan si Fatihah Macam belangkas, kemana saja.. di kantin, perpustakaan. Mulai hari itu aku sedar bahawa aku tiada dalam hati Fatihah.



"Cuba la kau dengar apa dia nak cakap dulu Keon.." pujuk Miss.
"Aku ni mana layak nak cakap dengan dia..dah la..aku tahu kekurangan aku,aku hanya anak orang kampung, tak macam dia anak ADUN. Aku terasa kekurangan diri aku, dahla nakal,tak sekaya macam Hafiz anak usahawan itu. Ayahnya salah seorang ahli perniagaan yang terkaya dan mempunyai banyak syarikat kat Bandar Perak ni.

Dah,.aku tak nak dengar apa-apa lagi pasal dia lagi.. cukup.."
"Tak ada ke peluang untuk Fatihah bercakap dengan Keon?" satu suara halus menyapa. Sekujur tubuh lampai berdiri di depanku. Aku terdiam sambil memandang Miss. Miss cuma tersenyum dan menepuk bahuku sebelum beredar. Eh, nak kemana pulak si gemuk tu??
"Boleh Fatihah duduk di sini?" soalnya lembut, ala-ala PMT la tu konon!!
Bodoh ke apa perempuan ni..tak nampak ke pasir tu basah?
"Duduklah kalau tak malu!" jawabku selamba sambil
mengemaskan plastik-plastik yang bertaburan tadi tanpa memandangnya.
"Keon, Fatihah tahu Keon marah..tapi dengarlah dulu penjelasan Fatihah ni.."
Fatihah menatap wajahku lama.

"Fatihah tahu Fatihah tersilap..Fatihah tak sangka Hafiz sanggup buat macam
tu?Fatihah rasa bersalah sangat pada Keon. Fatihah tak sangka yang
Keon selama ini mempunyai perasaan terhadap Fatihah.."Selama ini sebenanarnya...........

"Sudahlah!" Aku memintas ayat Fatihah. Fatihah merenungku,terkejut.
"Saya tak mengharapkan apa-apa lagi dari awak Fatihah.
Apa yang terjadi tu lupakanlah! entahlah..sayatak tahu pulak yang saya ni
terlalu jahat bagi awak..mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.."
"Tapi Keon, antara Fatihah dan Hafiz-"
"Sudahlah Fatihah?sejahat-jahat saya..saya tak akan merampas hak orang.
Hafiz terlebih dahulu hadir sebelum saya?" jawabku
"Tapi Hafiz tak macam Keon, saya anggap dia hanya kawan! Memang mulanya Fatihah
benci Keon..tapi sejak Keon datang kerumah..berbuka..berjemaah bersama keluarga,Fatihah baru faham kenapa ramai orang suka pada Keon..Keon lelaki baik sedangkan Hafiz"

"Fatihah, dulu memang saya tergila-gilakan awak, tapi saya memilih masa yang sesuai untuk melafazkannya. Saya menyukai awak melalui mata saya sendiri, bukan daripada pandangan orang lain. Tapi sekarang, baru saya tahu, saya bernilai pada awak setelah awak melihat saya dengan mata orang lain..sudahlah
Fatihah..baliklah lupakanlah saya.."

"Maksud Keon?" Fatihah merenungku dengan mata yang berkaca. Wajah ayunya kelihatan muram di sebalik tudung krimnya.
"Kita bina haluan kita sendiri. Antara kita masih tidak terjalin apa-apa hubungan..Tak manis awak di sini bersama saya! nanti apa kata orang?

saya tak perlu maafkan awak kerana awak tak pernah bersalah pada
saya!" aku tersenyum pahit.
"Tapi Keon.." WajahFatihah sudah basah dengan air mata.

"Berbahagialah dengan Hafiz, andai dia terkurang awakperbetulkan, bukankah meninggalkan dia dan pergi kepada yang lebih baik dari dia..sebaliknya awak
bimbinglah dia agar dia memenuhi ciri-ciri lelaki idamanawak. Andai
saya ini selalu menyakitkan hati awak..saya minta maaf.." Aku segera
meninggalkannya terkulat kulat.

Bukan apa, aku tak tahan tengok dia menangis. "Keon, kenapa tu?" soal Arie pelik melihat kehadiran Fatihah. "Tak ada apa - apa lah..dia cuma nak pinjam nota..
ala..cepatlah start! Apa lagi?" gesaku. Arie segera mengisi karbait dalam lubang. Tak sabar rasanya mendengar letupan meriam buatan kami yang berprestij pada abad ini.Aku tak habis habis perasan, itulah perangaiku. Dalam pada itu sempat aku menjeling melihat Fatihah meninggalkan tempat itu dengan sedu
dimatanya. Maafkan aku Fatihah! Aku tak layak untuk kau

********************
"KEONN!! Telefon!" suara nyaring kak ngah kedengaran.
Aku segera meninggalkan pinggan nasi. Hai, sapa pulak telefon aku malam-malam buta ni. Aku sempat menjeling jam dinding sebelum mengangkat gagang.

Wah..sudah pukul 2.05 pagi.. "Kalau tak menyusahkan orang tak boleh agaknya.."
sungut kak ngah.

Tensionlah tu kuih raya tak siap-siap lagi..dahla esok nak raya, tuh la sape suruh tak buat awal. Ni buat last2 minute. Aku tersengih.
"Dah handsome kan nak buat macammana.. peminat ramai..biasa la " sengaja aku mengusiknya menambahkan ketensionan kak ngah ku yang tersayang.
"Eii.. tak kuasa!!" Kak Ngah berlalu pantas setelah gagang telefon bertukar tangan.
"Hello,"
"Hello Keon..tengah buat apa? satu suara yang aku memang kenal benar dan anti.
" ai..beri salam pun tidak apa terus tanya orang buat apa?
"Tak ada apa..baru balik ni..siapa ni?" soalku. Heran jugak awek mana yang
telefon aku ni. Suara slang-slang jawa lak tu..kekekeke..
"Ala..takkan tak kenal suara I yang glamor ni..
" Alahai?sapa pulak ber 'I'-'I' dengan aku ni..

"Siapa ni? Maaflahye!saya tak kenallah.." sungguh sopan aku berbahasa buat -buat tak tahu.
"Takkan tak kenal?" suara yang halus macam suara kucing kedengaran lagi.
"OooI,Cik langsuir! Apa khabar cik Langsuir? Malam ni tak gi bertenggek ke?"boleh pulak aku bersandiwara.
"Woiii! Kau ni mulut macam apa!" aku tertawa kecil. ;Padan muka, orang tanya sapa tak nak cakap
"Kau ni nak apa Miss laser memalam ni? Aku tengah makan nasi ni!" soalku.
"Tak boleh ke telefon kau malam-malam ni?" soalnya balik.
"Tak boleh,kenapa? Kau rindukan aku ke?hahahaha, balasku pulak
"Kau ni kan..kalau tak main-main tak sah,serious la sikit." soalnya geramnya membuatkan aku tertawa.
"Kenapa telefon? Nak mintak maaf,.yelah!!!abang maafkan kesilapan Miss dari
hujung lidah sampai keanak tekak..sebab Miss banyak mengata abang kan?Di pagi mulia ni elok la kita bermaafan kan esok nak raya."
"Ya Allahh?tak kuasa aku! Betul-betullah, serious la sikit.. Keon!"
Aku ketawa gelihati.

"Keon,kau cakap apa dengan Fatihah tadi?" mak aaii..suara si laser ni macam
selembut sutera pulak,first time dia cakap elok-elok dengan aku.Sejak kecik asyik bergaduh ngan dia jer.
“Bahasa apa kau guna ni, lembut semacam, aku mengusik lagi.
"Cakap bahasa melayulah takkan cakap jerman kot..kalau aku cakap bahasa lain kang bukan kau paham pon"
"Keon..cuba la serius sikit..kau tau tak Fatihah menangis teruk tadi..aku nak tahulah apa kau cakap dengan dia.." jawab si Miss ni. Ish, prihatin gak dia ni!
"Ala..itu pun nak nangis,kenapa? Dia nak report kat Hafiz..reportlah!" jawabku bengang.
"Eh, apa kena mengena pulak dengan Hafiz tu?" soal Miss hairan.
"Kan ke Hafiz tu buah hati kesayangan dia?" soalku balik.
"Buah hati? Sejak bila pulak diaorang bercinta? Kau ni pepandai aje.." jawab Miss
"Ah sudahlah..kalau kau nak cakap pasal dia baik jangantelefon!"
"Hai, kau ni macam jealous je..kau ni............"
"Hoi laser..kau jangan nak buat spekulasi haram pulak.." Miss tertawa kecil.
"Aku dah tahu perkara sebenarnya keon!!
" What!! Aku rasa mukaku pucat tak berdarah. Habislah! Radio malaya dah dapat cerita!!

Sah,habis satu Asia dihebahkannya nanti!
"Sebenarnya Fatihah pun sukakan kau,cuma dia keliru hubungan kau dengan Erina. Lebih teruk lagi bila Erina pernah warning dia jangan rampas kau dari
dia..so bila Fatihah dapat kad raya tu, dia ingat kau
main-mainkan dia..sebab tu la dia sengaja melayan Hafiz tu depan kau..kira nak balas
balikla.." Miss tergelak kecilCis!
"Eh, tolong sikit..aku bedal si Hafiz hari dia sebab dia kurang
ajar dengan aku bukan sebab aku jelous ngan dia.." jawabku pantas.
"Ala Keon..aku kenal kau sejak kecil lagi tau!.panau kurapkau pun aku tahu kat mana.."
"Woii..tolong sikit..aku tak pernah ada panau kurap tau.." Miss tergelak lagi. Aneh ye? boleh pulak kami berdamai kali ini.
"Aku tahu kau sebenarnya ikhlas kat Fatihah..walaupun kau tu nakal macam setan tapi aku tahu dalam perkara ni kau ikhlas dengan dia" Wah..si Missliza.. main lagi kau ye..?
"Kalau kau nak tahu sebenarnya Arie, Rapie, dan semua kawan-kawan kau tu tahu tentang perasaan kau terhadap Fatihah, tapi mereka saja buat tak tahu.
Ala..kami faham sangatkau tu..pantang heboh sebelum dapat kan?"

Apa ni..aduii..malunya aku
"Okey la Keon..aku rasa tanggungjawab aku sebagai kawan dah selesai, lepas ni terpulanglah pada kau..sama ada nak atau tidak memilikiFatihah..
Err..esok datang la rumah aku.." pelawanya.
"Okey..sebelum subuh aku datang.." aku masih sempatbergurau.Missliza cuma tergelak.
"Okey la..aku nak pasang langsir ni.. pegila sambung makan.."
"Err..Miss.."

"Apa?" soal Miss.
"Anyway,thanks! Nanti aku belanja lemang 10 batang"
"Pandailah kau..okey, bye..selamat hari raya.."
"Okey selamat hari raya.." Talian terputus. Aku sengih sendiri tanpa terpaksa. Perut yangberkeroncong tadi terasa kenyang sekenyang-kenyangnya.
Benarkah Fatihah berperasaan yang sama? Ahh.. takkanlah.. tapi mustahil Si Laser berbohong.Bersungguh-sungguh benar tadi dia menerangkan apa yang sebenarnya. Kalau face to face sah basah muka aku kena tempias air liur dia yang bersembur-sembur tu. Tapi..

"Keon!! Apa kata tolong Kak Ngah kejap.."
Allah..perempuan lembik nie, ada jer.. Dengan malas aku melangkah menuju ke dapur.
"Tolonglah kak Ngah tabur choclate rice atas kuih nie.." pintanya.
"Apa?" Aku terbeliak. Dia ingat aku nie suka tenyeh-tenyeh kuih raya
malam-malam buta nie?
"Ala kau nie kalau orang minta tolong banyak songeh!
Tolonglah cepat!"
"Kak Ngah ni untung tau dapat adik cam Keon nie.."
Akumenarik kerusi dan mencapai coklat urai dan menabur ke atas kuih-kuih yangsedia dicetak.
"Apasal pulak untung..?"
"Iyelah..cuba kak ngah tengok.. Keon nie baik, handsome pulak tu.. ramai peminat.. kak Ngah kan selalu jadi posmen peminat-peminatKeon.." Kak Ngah menjeling tajam.
"Ha ah.. betul.. memang untung aku dapat adik macam kau.." perli Kak Ngah. Aku Cuma tertawa.
"Kak Ngah nie cuba la rasional sikit.. itu la orang suruh sekolah
malas, dapat SPM pangkat 2 je.. tak lama lagi sah kena kawin tu.."
"Mulut tu jaga sikit?"kak Ngah memberi amaran. Aku tergelak besar melihat muka kelat Kak Ngah.
"Kau tu perangai lagi tak senonoh,mana la si Fatihah tu tak suka kat kau.."
Erkkk!!! Tawaku mati.
"Hah.. apasal berhenti ketawa? Ketawalah lagi macam hantu raya!" sindir kak Ngah.
"Kak Ngah cakap baik sikit sebut-sebut anak dara orangtu.." mampus aku kali nie..
"Kak Ngah tak kisah kalau si Fatihah tu jadi girlfriendkau.. tapi kau tu kena
la betul- betul sikit.." kak Ngah menjeling.
"Apa pulak?? Malastolong buat nie kang.." ugutku.

Tiba-tiba saja degup jantungku seakan nak tercabut berdenyut.
"Kau tak payah soroklah? Kak Ngah tahu ni pun dari mulutFatihah sendiri, "

Apa? Kak Ngah senyum melihat aku termangu-mangu.
"Kak Ngah rasa dia tak main-main?" soalku bodoh membuatkan kak ngah tertawa kecil.
"Tak percaya kau pergilah telefon dia.." Aku pandang kak ngah, mencari kepastian. KakNgah senyum, yang sangat ikhlas kukira. Tanpa lengah nombor telefon rumah pak imam kudail.
*********************
"Hello.."
"Hello, Fatihah ada?" soalku berdebar-debar.
"Fatihah di sini,"
"Hai Fatihah, Keon ni.."
"Keon?" soalnyaterkejut.
"Janganlah terkejut sangat..saya tahulah saya ni jejaka idaman malaya.. Tak tidur lagi?"
"Ha? Tak..tengah bakar ketupat, Ehh! rebusketupat?" aku menggeleng kepala.Takkan gabra sampai tersasul kot..
"Errr..Fatihah..tentang tadi tu..Keon..Keon minta maaf kerana tak mendengar penjelasan Fatihah," Fatihah cuma membisu.
"Miss dah ceritakan segalanya?" sambungku lagi.
"It's okey." perlahan saja Fatihah menjawab.
"Fatihah,maafkan Keon okey?"
"Fatihah pun..Fatihah tahu Fatihah silap.."
"Okeylah..kita bina hidup baru okey?" pintaku.
"Maksud Keon?"
"Kita mulakan apa yang patut kita mulakan," Fatihah diam seribu bahasa.
"Hello? dah pengsan ke kat sana tu?" usikku. Fatihah cuma tertawa kecil.
"Fatihah..boleh saya tanya sesuatu?" soalku
"Apa dia?"
"Awak sayang saya tak?"
"Errr..Fatihah nak tengok ketupatlah Keon?bye!" klik!
Gagang diletakkan. Aku tersenyum simpul. Hatiku terasa berbunga-bunga. Tak
sia-sia aku bertumbuk dengan si Hafiz tu. Fatihah akhirnya menjadi milikku. Aku tersenyum lagi sambil melangkah ke bilik. Warna-warna aidilfitri kutatap indah. Betapa nyamannya kurasakan. Malam syawal kali ini amat bermakna buatku. Malam ini aku ingin bermimpi indah seindah- indahnya,ditemaniserakan cahaya bulan dan bintang. Malam ini bidadari lebaranku akan hadir membawa cahaya cinta untuk mewarnai hidup jejaka idaman malaya ini. Aku cinta padamu Fatihah!!
Yess!! Anak ayah memang macho.Aku memang jejaka perasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...