Saturday, November 27, 2010

wahai kaum wanita...dengarlah rayuan lelaki..

salam...
artikel ni aq jumpe time aq on9 fb td...
aq rase terpanggil plak nk post kt blog ni...
tp x de niat pn untuk meyinggung hati mane2 wanita ye..
just untuk nasihat diri sendiri dan korg yg membaca ni gk...

"wanita2 sekalian,selalukan,
korg yg merayu2 kat lelaki sampai tergugat iman diaorg,
skrg, boleh luangkan masa? baca rayuan lelaki ni...mana tahu, boleh tmbah iman dan malu.."


_-


Tolonglah Wahai Wanita: Rayuan Seorang Lelaki


Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoo group saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin
( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
 (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim) 

Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita --- yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-




  • Aurat wanita : Apa sudah jadi
  • Kerjaya wanita, Aurat & Suami Nusyuz
  • Bertudung Tapi Hina Agama & Hukum : Dosa Ganda
  • Seluar Londeh Wanita & Seksi : Hak Kebebasan Peribadi ?
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Sept 2007
23 Syaaban 1428 H

Berikut adalah emailnya :-
Assalamualaikum,

oh, rasa hebatkah kita, smpai buat lelaki merayu2 begini? ;(

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).


95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..  




"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) dan juga : " Wahai anak Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan kamu dan ( Kami juga telah menurunkan ) pakaian perhiasan." ( Al-A'raaf : 26 )
jangan marah, dengarkan rayuan ini, dengan hati terbuka...moga bermanfaat.


antara komen di web :
 4 tunduk — orang 2010-01-27 17:27salam,maaf mnympuk,tundukk n pndangn bkn brmksud tnduk je sntiasa. lenguhla mcm tu,dah Allah bagi smpurna bleh jln elok2,tunduk plak.mksudnye bila nmpak prmpuan yg agak mnonjol tu kte prlu rndahkn pndangn srta istighfar. sungguh,syaitn sntiasa ada utk goda kte 'cuci mata'dan kte xbleh mnyalahkn kaum hawa je.smua ni ujian yg Allah bagi utk mnguji keimann kaum adam gak.ssunguhnya apa yg trjadi tu ada hikmahnye. wallahualam.assalamualaikum
  aduhai wanita — cap ayam 2009-12-02 07:17carilah bidnag kerja yg lain bg mengelakkan keadaan yg saudara alami..biarlah gajinya xseberapa,tp Allah redha dgn apa yg saudara korbankan..matlamat hidup dunia hanya utk akhirat..igtlah fitnah akhir zaman semakin hebat..wanita2 zaman sekarang lebih hebat dr zaman jahiliah, ditambahpula dgn ajen2 media perosak yg menjahanamkan akhlak muda mudi..selalulah bermohon pada Allah moga dikuatkan IMAN..wahai wanita mukminah, peliharalah hatimu, bukan melalui pakaianmu, tetapi melalui akhlakmu..ALLAHUAKBAR

#126 la yukallifullohu nafsan illa wus aha — syifa 2009-08-21 06:26smoga Allah mgandakan pahala kamu ngn ape yg da kamu lakukn...ssguhnya,berita gmbiralah bg owg yg sabar

bersabarlah — put3 muslimah 2009-07-31 10:35salam...itulah yang di hadapi sekarang oleh wanita-wanita solehah yang berusaha menutup auratnya dari pandangan orang bukan muhrim..sabarlah dan kuatkan iman kamu..susngguhnya hamba-hamba Allah yang hidup di Akhir zaman ibarat mengenggam bara api untuk mempertahankan islam,,,innallah maa' alsobirin..

 #118 ... — anonymous 2009-02-27 18:39assalamualaikum saya seorg wanita yg memakai hijab. masa sekolah memang xpakai mgkn fikiran masih tidak matang tapi alhamdulillah Allah membukakn hati ini. syukur..dalam hal ini, kita x blh nk salahkan wanita sahaja..this works in both ways... the girls kenalah jaga diri and the guys kenelah jaga nafsu. kadang2 yg bertudung pun menjadi mangsa nafsu.. nauzubillah..jika hati untuk Allah, anggap lah mereka yg berpakaian seksi satu cabaran.. tetapi kalau hati benar2 untuk Allah S.W.T, tak terniat pun untuk rasa ape2.. letak lah Allah dihadapan.. nescaya, betapa seksi org itu, sikit pun xkan meruntuhkan keimanan kita. InsyaAllah...

2 comments:

encek joliey said...

nice info.. tengs share :)

nsht org laen dan dri sndri jugak. moge redha Allah bersame kite semua.. same same la berusaha mendapat kn nye :)

Anonymous said...

mAlunYer la....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...