Thursday, January 6, 2011

Rahsia Perwatakan Wanita Melalui Bantal

assalamualaikum..
Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka  tidur menggunakan bantal ? Ini adalah kerana setiap wanita mempunyai  cara dan posisi tidur yang berbeza-beza. Ada yang  suka tidur tanpa bantal, ada yang suka memeluk bantal dan  ada yang mempunyai tabiat meletakkan bantal di bawah kakinya. Inilah cara para pengkaji menilai sifat wanita berdasarkan cara memanfaatkan bantal: 
Terdapat beberapa kategori  dan perwatakan wanita: 
 

1)Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan satera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka  juga sgt prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup.Wanita kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus.

2)Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri .Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

3)Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka  bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4)Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.Mereka jarang bergaul dgn org ramai,malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka  cenderung bersifat egois.Mereka  juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mereka  tidak suka berusaha.

5)Tidur tanpa Bantal
Mereka  memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain.


2 comments:

Farah Hanim said...

wahahaa ~
betul ke farah tak mengadangada ? xP *nombor 3*
btw,bleh buang word verification tak ? hee :D

aLoNg.... said...

ntah la...
depend kt diri sendiri gk...kn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...