Monday, February 28, 2011

10 wAsiat hassan Al-Banna


assalamualaikum w.b.t...
salam sejahtera...
hari ini aq nk kongsi sedikit artikel untuk tatapan anda semua....
semoga ia mampu memberi manfaat ...insyaALLAH...


1)      Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan. Usahakanlah   semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat. Juga di medan perang. Walaupun Di saat genting dan cemas.

2)     Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit.  Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu dan sumber hidayah kepada anda. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman dan kedamaian. Jadilah hamba yang sejahtera.

3 )    Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar.  Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)    Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitannnn namanya !!!

5)     Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!!. Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum dan beliau ketawa kena pada tempatnya tapi berpada-pada sahaja. wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu dan terlalu banyak ketawa adalah bodoh dan hanya disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!

6)     Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Seperti  kata seorang penyair, "Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)      Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh bahkan menyakit hati orang lain pula. Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Seburuk-buruk suara adalah  suara keldai. Surah al-Isra' memberi tip kepada kita, jangan keraskan suaramu di dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)       Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan orang lain atau pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. hindari mengumpat! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging??  pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan daging saudara anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak. Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat dan haruslah  meminta ampun terhadap orang yang di umpat bersama. Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)       Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan  manusia sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua dan salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah salam perkenalan dan Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa,darjat datang berkunjung.

10)      Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya masa anda di manfaatkan.Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda. Bersegeralah, kerana  Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu dan Hormatilah waktu mereka. Usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.


sumber: koleksi artikel dan nasihat di dalam laptop..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...