Monday, February 28, 2011

Tidur yang sempurna

assalamualaikum w.b.t...salam sejahtera.....
selamat tgh malam ye......
disebabkan ari ni aq x taw nk merepek pe ....so lebih baik klau aq kongsi sedikit info untuk korang semua....


seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidor. Ini bermakna 1/3 dari hidup akan dihabiskan dengan tidor....alangkah bagusnya jika tudor tersebut mengikut sunnah Rasulullah s.a.w...maka tidor tersebut akan menjadi ibadah..


Allah s.w.t akan menerima ibadah yang dilalukan dengan ikhlas. seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran ALLAH s.w.t untuk orang yang mengamalkan sunnah nabi adalah besar. Satu sunnah yang di amalkan berterusan akan diberi 100 ganjaran pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup menjamin seseorang untuk masuk ke syurga.


Di dalam tidur itu sendri ada banyak sunnah.Sebaliknya jika seseorang itu tidur dengan cara selain dari cara nabi s.a.w, dia hanya akaan mendapat kerehatan.


Antara sunnah Nabi S.A.W  sebelum,ketika dan selepas tidur ialah...




1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
 
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
 
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
 
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
 
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
 
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
 
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
 
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
 
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
 
Peringatan: Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.
 
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.

Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
 Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

itu sahaja kot yang aq nk kongsikan...semoga bermanfaat untuk korang yang membaca entry ni..
sekian..

sumber: koleksi artikel dan nasihat dalam laptop aq..
tgk perdana menteri ni...tdo cm2 je...ade pm len nk wt cmni??

3 comments:

an!em said...

atok ..
yang num 4 tu ..
surah 4 Qul ke 3 Qul?
kalu 4 , ape satu lg ?

aLoNg.... said...

surah al -kafirun...

an!em said...

owh .. ok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...